Seorang penyanyi baru dikecam netizen gara-gara membawakan lagu Senorita nyanyian Shawn Mendes dan Camila Cabello.

Menerusi satu hantaran oleh @arieflutfi, dia memuat naik satu video cover berdurasi 36 saat daripada penyanyi bernama Muaz.

“Hmm jangan la buat aku benci lagu Senorita ni please”, tulisnya beserta video terbabit.

Video yang menerima hampir 200,000 tontonan itu rata-rata dikecam netizen kerana suara penyanyi tersebut dikatakan tidak sedap dan didakwa terlalu ‘try hard’.“Selepas dengar dia nyanyi. Aku rasa aku patut bagi peluang kat Alif Syukri and Sajat punya lagu. Sedap juga suara Alif and Sajat ni,” komen seorang netizen setelah mendengar nyanyian Muaz.

“Banyak part dia nyanyi aku turn off . Aku bukan nak kata suara dia tak sedap tapi tone suara dia tak kena dgn lagu. Sekian. Jangan try hard sangat nanti sumpah suara kau jadi lain”, tulis seorang netizen lagi.

“Siapa cakap sedap memang kena hantar pakar telinga,” kata seorang netizen lagi.

Meneliti ruangan Instagram penyanyi terbabit, video yang dimuat naik olehnya beberapa hari yang lalu telah diturunkan.

Muaz kini mempunyai hampir 206,000 pengikut di Instagram dan sering membawakan cover lagu-lagu popular.