Gaya Hidup
Jangan Buat! Ini Enam Kesalahan Sering Dilakukan Masa Pakai Pelitup Muka
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar semua rakyat Malaysia memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam kerana pandemik Covid-19 belum berakhir.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengambil serius serta memakainya dengan cara yang tidak betul.
Menerusi laman Twitter rasmi @KKMPutrajaya berkongsi enam kesalahan yang sering dilakukan ketika memakai pelitup muka.
1. Ia tidak menutup dagu anda
2. Ia terletak di bawah hidung anda.
3. Ia hanya meliputi hujung hidung anda.
4. Ia terlalu longgar.
5. Anda sentiasa menyentuhnya.
6. Kerap memakai dan menanggalkannya.
Di samping itu, kita semua tidak dibenarkan untuk memakai pelitup muka di dagu dan leher.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekiranya ingin makan, minum atau melakukan aktiviti yang dikehendaki untuk menanggalkan pelitup muka, tanggalkan sepenuhnya.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!