“Jangan Buka Pintu Kalau Salam Tidak Diberi” - Penduduk Sabak Bernam Diganggu Ketukan Misteri
Azwa Rahman
22/11/2020 07:59 MYT
22/11/2020 07:59 MYT
Penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam sejak kelmarin.
Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu.
Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.
“Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan," katanya kepada Sinar Harian.
Pihaknya turut melakukan rondaan di sekitar kampung membabitkan sukarelawan MPKK yang bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi.
Di laman sosial Twitter, ketukan misteri itu menjadi buah mulut wargamaya apabila rata-ratanya terkejut dengan berita tersebut. Malah, ramai wargamaya yang berkongsi foto susuk berwarna putih yang berkeliaran di kawasan luar rumah penduduk.
Ada yang turut becerita pengalaman masing-masing berdepan ketukan misteri ini.
“Kat Sabak Bernam sekarang tengah kecoh pasal pintu rumah kena ketuk tapi bila bukak takde orang. Katanya 4 taman yang berbeza kena sekali. Taktau la nak kata hantu ke apa tapi tulah. Dia macam tiber je,” tulis seorang wargamaya.
“Sebelum nak buka pintu kena tunggu panggilan salam, sekiranya tiada yang beri salam atau tiada panggilan nama dan sebagainya janganlah buka. Tapi boleh buat fed up jugak kan. Sabar banyak-banyak ye. Semoga terungkai misteri ni,” komen seorang wargamaya.
“Check balik satu daerah tu sapa yang meninggal haritu. Check background dia, manatau barang dia terlepas cari tuan baru ke,” kata seorang wargamaya.
“Pagar rumah kitorang selalu terbukak dengan sendiri selalu jadi dalam pukul 8 lebih kitorang dengar bunyi pagar terbukak but bila keluar takde orang? So like ni macam taktik pencuri ke? Maybe benda kecik je but anyone yg nampak mintak tolong doakan I dengan my family takde apa-apa,” luah seorang wargamaya.
“Nak ikut ketawa tapi aku pernah kena jugak. Time maghrib. Pintu belakang rumah kena ketuk, sedangkan takda orang dekat rumah dan pagar blakang pun dah kunci. Seram gila dengar dia ketuk. Hari tak berangin, takda kucinf. Sampai sekarang trauma sikit dengar bunyi ketuk,” ujar seorang wargamaya.
“Mulanya tak percaya benda ni because I stayed up untill 3:00 am for two days and takde papepon but semalam my kakak ipar kena ketuk pintunya tacoddd HAHAHAHAH,” kata seorang wargamaya lagi.
Penduduk dinasihatkan untuk menghubungi polis atau pihak MPKK selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.
Sumber foto: Facebook dan Twitter
Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu.
Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.
“Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan," katanya kepada Sinar Harian.
Pihaknya turut melakukan rondaan di sekitar kampung membabitkan sukarelawan MPKK yang bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi.
Di laman sosial Twitter, ketukan misteri itu menjadi buah mulut wargamaya apabila rata-ratanya terkejut dengan berita tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.