Penyanyi kumpulan nasyid Devotees, Halim Ahmad menegaskan kesakitan yang dialami pelakon Ardell Aryana bukan sebahagian daripada gimik untuk melancarkan muzik video lagu terbaharunya, Kekasih.

Jelas Halim, Ardell menerima tawaran berlakon dalam muzik videonya selepas dia membuat pengumuman mencari pelakon di Instagramnya awal Ogos lalu.

"Doakan Ardell dikurniakan kesihatan & kesembuhan.

"Please jangan cakap dia saje buat sakit untuk gimik muzik video ni.

"Kalau tak nak support jangan sampai mengecam okey," tulisnya di Instagram.

Halim tampil dengan remake solo lagu Kekasih nyanyian asal Devotees yang pernah popular sekitar tahun 2009.

Muzik video yang baru dilancarkan malam tadi yang menampilkan Ardell sehingga kini mendapat lebih 80,000 jumlah tontonan.

Ardell sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen berhubung status kesihatan dirinya hingga berkerusi roda.

Situasi itu mencetuskan spekulasi hingga ada yang membuat andaian pelakon itu menghidap kanser.



Kredit: YouTube, Instagram @halimofficial