Jangan Cium & Kena Minta Izin Nak Sentuh Anak, Antara Peraturan Mira Filzah Tetapkan Ketika Akikah
Syafiqah Jalal
06/10/2022 03:55 MYT
06/10/2022 03:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah akhirnya mendedahkan wajah anaknya yang comel, Wan Khair Amir ketika majlis akikah yang diadakan baru-baru ini.
Namun majlis akikah yang pertama kali menonjolkan puteranya sebagai orang yang diraikan pada hari itu, terdapat peraturan atau SOP yang ditetapkan kepada tetamu.
Menerusi satu perkongsian yang difahamkan di Instagram(IG) Story miliknya, terdapat satu kad yang menyenaraikan peraturan atau adab ketika berjumpa bayinya.
Peraturan yang ditulis dalam bahasa Inggeri itu antarannya melarang agar tetamu mencium bayinya, meminta izin mereka untuk menyentuh anaknya, mencuci tangan dan menjarakkan diri dari bayi jika tidak sihat.
SOP itu bagaimanapun diberikan bagi bertujuan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anaknya yang baru berusia lima bulan.
Apa-apa pun dari foto-foto yang dikongsikan, majlis itu tetap diraikan dengan meriah dan mereka sekeluarga nampak bahagia dengan sedondon mengenakan busana berwarna hijau lembut.
Mira, 29 dan Emir, 32, bernikah pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran putera sulung yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.