Laman Utama
“Jangan Direbut Negara Luar Lagi” - Laudya Cynthia Bella Bahagia Rai Hari Kemerdekaan Indonesia
Pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella mencuri perhatian wargamaya apabila tampil ceria meraikan hari kemerdekaan negara tercinta.
Menerusi laman sosial Instagram, aktres yang terkenal menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu memuat naik sekeping foto merah putih untuk tatapan umum.
Namun selain kapsyen meraikan negara tercinta, senyuman yang terukir di wajahnya menjadi buah mulut wargamaya yang teruja melihat pelakon kesayangan mereka itu tertawa gembira.
Malah, selain memuji kecantikannya, ada wargamaya yang meminta agar Laudya tidak lagi menjadi rebutan jejaka luar negara.
“Masyallah, jangan sampai direbut luar negeri lagi,” kata seorang wargamaya.
“Senang melihat foto ini, gayanya lepas tanpa beban,” komen seorang wargamaya.
“Ini ketawa merdeka ya Bella, mungkin waktu di Malaysia Bella tidak bisa ketawa semerdeka ini kerana hari merdekanya berbeza dengan Indonesia,” tulis seorang wargamaya.
“Cari jodoh di Indonesia sahaja la, semoga tidak berbolak-balik lagi,” tegur seorang wargamaya.
“Senang sekali melihat kamu sudah mulai move on,” luah seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Laudya sah bercerai dengan Engku Emran apabila Oktober lalu Laundya membuang semua foto-foto bersama suaminya di laman sosial Instagram.
Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017.
Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata manakala Emran memiliki seorang anak perempuan Engku Aleesya hasil perkahwinan terdahulu bersama aktres Erra Fazira.