Hiburan

"Jangan Disebabkan Perempuan Karier Mu Jatuh..." - Netizen Sentuh Hal Peribadi di IG Syifa, Ini Komen Balas Safawi Rashid

Badrul Hashim
15/10/2020
08:45 MYT
Tak pasal-pasal entri Instagram Syifa Melvin menjadi tempat berbalas-balas komen antara peminat hanya kerana seorang wargamaya menulis sesuatu yang agak peribadi terhadap pemain bola sepak yang dikatakan bercinta dengan Syifa iaitu Safawi Rasid.
Entri yang hanya berkongsikan gambar dan mempromosikan produk sendiri menjadi tempat bertelagah ramai yang marah dengan campur tangan netizen tersebut.
"@safawirasid29 wi, jangan disebabkan perempuan karier mu jatuh. Timba pengalaman selama mungkin di luar negara. Wa sentiasa doakan lu bro," tulis netizen tersebut.
Hal kerja yang dicampur adukkan dengan hal peribadi oleh netizen itu membuatkan Safawi membalas kembali komen tersebut.
"@ratazeem thank you bro support tapi personal hal jangan babitkan. Wa ada otak lagi," balas Safawi.
Ramai wargamaya lain juga kurang bersetuju dengan netizen tersebut yang mencampuri urusan peribadi Safawi. Mereka juga turut sama memberikan pendapat masing-masing.
Safawi Rasid kini berada di Portugal menyertai Portimonense SC, Kelab Liga Premier Portugal.
Baca: “Saya Tak Sabar Nak Beraksi” - Sarung Jersi Nombor 29, Safawi Rasid Diperkenal Secara Rasmi Di Portugal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Viral

Syamimia Beri Rating Komen-Komen Toksik Netizen! - "Cukup Pedas, Cukup Menyakitkan Hati"

gempak
19/06/2024
00:55 MYT
Kerap menerima kecaman dan kritikan, personaliti media sosial Syamimia tampil dengan satu video di TikTok memberi ulasan mengenai komen negatif netizen terhadap dirinya.
Hiburan

Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”

gempak
08/05/2024
06:55 MYT
Netizen kata ajar awal tak kalut.
Hiburan

Syifa Melvin Throwback Video Prengnancy Reveal! Netizen Terhibur Gelagat Safawi Rashid - “Tak Tahu Nak Sedih Ke Gelak, Apa Lawak Sangat Pawi Ni”

gempak
16/04/2024
11:55 MYT
Lucu lah Safawi ni.
Laman Utama

Syifa Melvin Akui Alami Perubahan Drastik Selepas Jadi Ibu - “Mula-Mula Kekok, Menitik Air Mata, Badan Penat”

gempak
11/11/2023
08:55 MYT
Mula-mula kekok lama-lama dah best.