Hiburan

Jangan Esok Dah Pergi Allah Hantar Seribu Penyesalan!" - Chef Wan Bising Adik Beradik Malas Nak Jaga Emak

gempak
Badrul Hashim
02/12/2019
07:59 MYT
Sponsor Banner
Jangan Esok Dah Pergi Allah Hantar Seribu Penyesalan!" - Chef Wan Bising Adik Beradik Malas Nak Jaga Emak
Chef selebriti terkenal, Dato' Redzuawan bin Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan sememangnya sentiasa terbuka dalam menegur.
Tidak kiralah teguran tersebut untuk orang-orang di luar sana, mahupun kepada ahli keluarga sendiri. Terbaru, Chef Wan menegur sikap adik beradiknya yang 'agak berat' untuk menjaga ibunya yang mesra dipanggil Cik Ani.
"Kesian Cik Ani kena tendang sana sini kerumah anak-anak macam bola. Kalau saya ada pilihan, saya lebih suka dia tinggal dengan saya setiap masa.
"Tapi saya tak boleh buat macam tu kerana ianya tak adil buat adik beradik yang lain dan juga emak saya," tulis Chef Wan dalam Bahasa Inggeris.
Tambah Chef Wan, ibunya akan bersamanya dua tiga minggu hinggalah dia sendiri yang meminta untuk tinggal bersama adik beradiknya yang lain menyebabkan dia tidak boleh berkata tidak.
"Sini anak, sana pun anak dia jugak. These days I really opened up all my sisters eyes to spent some time with her. Last year they neglected her!
"Selalu bagi macam-macam alasan. Lepas saya bising-bising dengan perangai mereka, barulah mereka rasa malu dan mula menjaga emak untuk seminggu dua sebelum emak ke rumah yang lain pula," tulis Chef Wan lagi.
Kata Chef Wan lagi, dia berbuat demikian kerana mahu adik beradiknya meluangkan masa bersama emak sebelum ingatan emaknya hilang dan tidak lagi dapat mengingati siapa mereka.
"Saya boleh pentingkan diri sendiri dan jaga emak sendirian tapi saya bukanlah abang yang jahat. Kadangkala perlu untuk buat (menulis) sesuatu yang memalukan mereka pada umum supaya dapat membuka mata mereka.
"Memanglah pada mulanya, mereka dan anak-anak mereka marah bila saya ceritakan isu ini secara terbuka selepas mereka tak dengar nasihat saya sebagai abang yang lebih tua. Saya pun tahu mreka pasti burukkan saya macam-macam hanya untuk mempertahankan diri mereka," tulis Chef Wan.
Tambah Chef Wan, dia tidak ambil peduli kerana setiap perkara yang benar tetap akan benar kerana kerisauan utama untuk dirinya adalah perasaan dan penjagaan emaknya itu.
Morning from Singapore...Eh..eh Cik Ani dah balik Cyber! @qamaldaud dok melayan mother for breakfast. Kesian Cik Ani kena tendang sana sini kerumah anak2 mcm bola. If i had a choice i would have prefer she stay with me all the time. But i cannot make that choice as that wouldnt be fair for all my other siblings or mother for that matter. She is with me for 2 to 3 weeks each time she get restless and kept saying " I want to move to your sister home for a change in Lumut" So what do i say? Cant say no.... sini anak, sana pun anak dia jugak. These days i really opened up all my sisters eyes to spent some time with her. Last year they neglected her! Always giving all sorts of excuses. After i bitch about all their behaviour and attitude then only now they start to feel embarrased and start looking after mother a week or two before she move on to another home. I didnt that because i wanted them to spent quality time together so that once our mother disappear totally and dont recognised us anymore they would not regret that they didnt spent enough time with her as time does not weight for her! U get what i mean? I can be selfish and have the mean to care for my mother anytime but i am not a bad brother. Sometime it take such action to embarrased them in public for them to opened up their bloody eyes. As u know there millions of children out there who shy away from their responsibilies for caring after their parent! Off course initially they and their children were angry when i took this issues out in the open after they dont listen to my advice as an elderly brother. I am sure they also bad mouth me mcm2 just to defend themselves! U know me i just dont care! The truth is always the truth. My main concern is only my dear mother welfare and feelings. I have done my duties for years. Yang lain2 anak2 jika tak mau mendengar nasihat abgnya then lantak kau orang la. Allah beri kita peluang sekali sahaja in such a short time. So used all your bloody common sense to all those anak2 out there that treated their parents like a pc of garbage or old broom to realised their own mistake and change that bad attitude. Jangan esok mereka dah pergi Allah nanti hantar sejuta penyesalan!
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
"I have done my duties for years. Yang lain-lain anak jika tak mau mendengar nasihat abangnya then lantak kau orang la. Allah beri kita peluang sekali sahaja in such a short time.
"Jadi gunakanlah common sense to all those anak-anak di luar sana yang layan ibu bapa macam sampah atau penyapu buruk supaya sedar kesilapan mereka dan ubah perangai.
"Jangan esok mereka dah pergi Allah nanti hantar sejuta penyesalan!" tulis Chef Wan mengahiri tulisannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024