Penyampai berita Hawa Rizwana akui sedih apabila ada segelintir netizen mendakwa dirinya menggunakan pengaruh bapa, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman untuk mendapat pekerjaan.

Menurut Hawa dia sedang melakukan yang terbaik untuk membanggakan ayahnya bukan menggunakan.

"Sedih pulak bila orang fitnah ayah. My ayah. Kita tau kita tak patut bother pun about it because it’s not true at all.

"Tanyalah lecturer kita yang hantar nama kite dan kawan kawan lain untuk internship dekat TV3, tanyalah those yang melamar kite untuk mock run news presenting.

"Tanyalah, adakah ayah saya bertanya kepada sesiapa untuk memberikan saya kerjaya sebagai wartawan dan pembaca berita?

"Jangan sakiti ayah saya, jangan fitnag ayah saya. Saya mencuba yang terbaik untuk membuatkan dirinya bangga dengan saya dan tak menggunakan dia. Dia ayah saya," tulisnya di laman Twitter.

Hawa memberi kenyataan balas apabila terdapat pihak mendakwa dirinya mendapat kerja kerana menggunakan 'kabel'.

Tambah Hawa dia mendedahkan ayahnya adalah individu yang akan menjadi tempatnya untuk membuat rujukan.

"Apa yang betul adalah di sebalik reporting kita, interviews, live cross over & talk show, memang saya rujuk kepada ayah.

"He is indeed the best. Tagline “Raja Kita Selamat Bertakhta” yang digunakan oleh kite and Raza masa pertabalan pun, ayah punya idea. Petik dari Negaraku. Love Ayah," tulisnya lagi.

Sekadar info, Hawa merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.