Jangan Guna Alasan PKP, DSV Nasihat Golongan Yang Terjejas Pendapatan - “Usaha, Jangan Malas!”
Azwa Rahman
06/07/2021 01:42 MYT
06/07/2021 01:42 MYT
Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) menasihati golongan yang memohon bantuan kerana terjejas pendapatan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berusaha
Menerusi platform TikTok, DSV yang singgah membeli makanan di sebuah gerai kecil milik anak muda di kawasan perumahan menjawab pertanyaan seorang pengikutnya yang memohon bantuan makanan.
“Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tak boleh, usaha. Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM200 - RM250 sehari kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap. Saya singgah ni sebab bersih,” ulas DSV di dalam video tersebut.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang 50 minit itu lagi, DSV meminta golongan ini agar tidak terlalu bergantung pada bantuan bendera putih yang tular baru-baru ini.
“Usaha, jangan nak malas. Jangan nak mengharapkan bantuan bendera putih je,” ulas DSV di dalam video tersebut.
undefined
Sementara itu di ruangan komen, nasihat DSV itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Rata-rata wargamaya menggangap kata-kata DSV itu umpama sindiran buat mereka yang betul-betul merasa kesempitan hidup.
Namun, ramai juga yang melihat nasihat DSV tersebut dari sudut positif dan berpendapat ini adalah sebuah realiti kehidupan.
“@judam127:Yang mana terasa tu well get out from comfort zone and mula pikir camne nak ubah nasib ya.
“@Arazzaraz:dah-dah la tu. Jangan letakan diri orang lain tu malas. Cuma rezeki tak ada je. Jangan ingat diri tu sentiasa diatas boh. Semua orang usaha kalau rezeki takde.
“@A'Ezel:saya tak setuju dengan dato..keinginan tu ada tapi modal takde. Bukan semua orang mampu. Orang kaya taknak bantu dah bendra putih ni dari rakyat kepada rakyat.
“@zul._:lahh hai duk komen negatif. orang tu suh usaha je. Betul lah ape dia kata. Lainlah yang betul betul betul susah tu lain lah
“@???:nasihat dato betul suruh usaha but no need to point out pasal bendera putih because that might be the last choice of them.
“@yakim:betul apa yang Dato cakap.. usaha perlu ada untuk bantu kehidupan sendiri.. member-member aku yang jadi dropship pun alhamdulillah dapat tampung belanja harian.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan di platfrom tersebut.