Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Jangan Hanya Dengar Sebelah Pihak" - Risteena Munim Tak Mahu Spekulasi Palsu

Asraf Aided 25/10/2019 | 09:58 MYT
Pelakon Risteena Munim berharap agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak keluar dari mulutnya sendiri.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan para pengikut.
Menurut Risteena, semua pihak tidak harus mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja kerana ia boleh menimbulkan spekulasi yang tidak benar.
"Diharap semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak keluar dari mulut saya.
"Jangan hanya mendengar sebelah pihak agar tidak timbul spekulasi yang tidak benar, terima kasih," tulisnya di entri tersebut.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Risteena tertanya-tanya tentang apa yang berlaku terhadap dirinya.
Walaubagaimanapun, Risteena tidak menjelaskan sebarang sebab mengapa dia menulis kenyataan berikut.

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Terdahulu, ada desas desus mendakwa hubungan cinta Risteena bersama seorang ahli perniagaan sudahpun berakhir dan perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan juga terhenti di tengah jalan.
Dalam pada itu, Risteena juga membuatkan orang ramai tertanya-tanya apabila berkongsi foto dan video bersama seorang lelaki yang tidak ditunjukkan rupa paras wajahnya di laman Instagram.
#Risteena Munim
;