Laman Utama
“Jangan Happy Sangat”- Kes Covid-19 Menurun, Ramai Senang Hati
Jumlah kes harian baharu seluruh negara pada hari ini telah jatuh kepada 16,073 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,995,771 kes.
Berita penurunan kes itu telah menenangkan hati ramai netizen yang mula berasa lega.
Namun ada juga segelintir yang mengingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan penurunan kes tersebut.
“Jangan happy sangat, baru hari Isnin,” komen salah seorang warga maya.
Pun begitu, Sarawak terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan jangkitan harian baharu COVID-19 iaitu sebanyak 3,352 kes.
Dr Noor Hisham berkata, Johor merupakan negeri kedua tertinggi iaitu sebanyak 2,030 kes, diikuti Selangor (1,947) dan Sabah (1,649).
Selain itu, negeri yang mencatatkan bilang kes melebihi 1,000 ialah Pulau Pinang (1,243), Kedah, (1,191), Kelantan (1,070) dan Perak (1,011).
Sementara itu Pahang pula mencatatkan 878 kes, diikuti Terengganu (704), Kuala Lumpur (398) dan Melaka (206).
Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 pula ialah Perlis (41), Putrajaya (16), dan Labuan (11).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengenai status vaksinasi pula, beliau berkata, sehingga 12 malam Ahad, 65.4 peratus populasi keseluruhan telah menerima satu dos vaksin dan 52.6 peratus populasi keseluruhan telah lengkap dua dos.
Selain itu, beliau berkata, 91.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima satu dos vaksin, manakala 73.4 peratus telah lengkap dua dos vaksin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.