Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

"Jangan Hina LBGT, Doakan Mereka" - Prof Muhaya

Amri Hassan 07/08/2020 | 07:20 MYT
Penceramah dan pakar mata, Prof Datin Dr. Muhaya Mohamad menasihati orang ramai agar tidak menghina golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Sebaliknya, kata Muhaya sebaik-baiknya mendoakan golongan terbabit untuk kembali ke pangkal jalan.
"Jangan hina, kita yang akan berdosa kerana mengumpat mereka. Jadi jangan bercakap mengenai mereka.
"Tengok diri sendiri jangan sibuk tengok orang lain!
"Saya kasihan kepada mereka kerana Allah beri cubaan yang sangat besar bersama mereka. Kalau sakit sebab kedekut atau dengki itu boleh rawat. Jadi cara untuk merawatnya ialah solat.
"Kita tak boleh menasihati kerana mereka tahu itu salah. Jadi jangan menghukum mereka tetapi doakanlah mereka.
"Jangan rasa kita lebih daripada orang lain hanya kerana kita bukan LGBT," katanya menerusi siaran langsung bersama pelakon Janna Nick sekitar tahun lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sedutan video yang tular di laman sosial Twitter itu diulang siar netizen susulan isu LBGT yang kembali tular baru-baru ini.
Beberapa hari lalu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan polis terhadap akaun Twitter (Nicole Fong) yang didakwa membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai program Mukhayyam untuk komuniti LGBT beragama Islam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya, berkata jabatan itu turut mengecam hantaran akaun Twitter berkenaan yang menyamakan program Mukhayyam dengan amalan terapi pertukaran dari Barat seperti menggunakan kejutan elektrik, pembedahan, kahwin secara paksa dan rogol secara korektif.
Paimuzi menegaskan program Mukhayyam yang dianjurkan bersama JAKIM dan jabatan agama Islam negeri bersifat sukarela dengan pendekatan harmoni dan holistik, menekankan aspek kesedaran kerohanian, bimbingan fardu ain, kesedaran kesihatan, motivasi dan bimbingan kerjaya.
#Janna Nick #LBGT #Prof Muhaya
;