“Jangan Jadi Jahil” PU Syed Jelas FaceApp Haram, Tiada Alasan Sahaja Guna Main-Main
Mya Amri
23/06/2020 01:11 MYT
23/06/2020 01:11 MYT
Selepas kontroversi Lathi Challenge, kini tular pula aplikasi FaceApp dikalangan pengguna media sosial.
Seakan-akan menjadi satu trend, aplikasi yang berfungsi untuk menyunting foto wajah lelaki kepada perempuan dan sebaliknya ini semakin ‘galak’ diguna pakai oleh wargamaya sejak akhir-akhir ini.
Namun disebalik ‘keseronokan’ wargamaya memuat naik foto yang telah disunting itu, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menjelaskan hukum penggunaan aplikasi berkenaan.
Menerusi entri di akaun Instagramnya, Syed menerangkan perkara itu termasuk dalam hukum Tasyabbuh.
“Hukum Tasyabbuh (menyerupai) jantina lain walaupun melalui main-main.
“Hukum Tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu A’laihi Wassalam,” kongsinya.
Dalam pada itu, Syed juga menasihati agar wargamaya tidak mudah cepat terpengaruh dengan perkara-perkara viral.
“Janganlah meniru-niru permainan dan gaya hidup orang kafir yang tiada halal dan haram dalam hidup mereka.
“Apa sahaja aplikasi baru yang muncul mesti ada (sellok) nak cuba dan tiru dengan alasan sahaja main-main, tanpa risau hukum hakam yang terdapat di dalamnya.
“Belajarlah, bertanyalah, kita bukan tak ada ulama dalam Malaysia ini, jangan jadi jahil selamanya. Kelak akan rugi di dunia lagi malang rugi di akhirat,” jelasnya.
Terdahulu, aplikasi FaceApp semakin mendapat sambutan dan ramai yang menggunakannya dengan tujuan suka-suka.