Berita

“Jangan Jadi Macam Ayah, Dah Tua…”- Anak Tomok ‘Naik’ Al-Quran

Syafiqah Jalal
22/04/2020
10:00 MYT
Penyanyi Tomok, berbangga apabila anak sulungnya, Arrian Shah Akid, 9, kini sudah pandai membaca al-Quran.
Menurut Tomok, dia tidak mahu anak-anaknya jadi sepertinya kerana lambat hendak belajar dan baca al-Quran.
“Ayah doakan anak-anak ayah berjaya dunia akhirat dan belajar mengaji pandai-pandai
“Jangan jadi macam ayah, dah tua baru nak belajar. Dia punya merangkak tu tak usah cakap la tapi ayah tak putus asa. Pelan-pelan ayah kayuh. Doakan ayah jugak ya,” tulisnya.
Tomok berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Tomok memuat naik video Arrian yang sedang membaca al-Quran dengan lancar.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram isterinya Ayu Abas memberitahu Arrian berjaya mengaji sehingga naik al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.
“Alhamdulillah...Hasil sebulan PKP, semalam 21 April Arrian naik Al-Quran.
“Anak-anakku sayang, tidaklah dibu (panggilan Ibu) tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu....
“Rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu, walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang )tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat...
“Jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa. Jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong.
“Sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat. Jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan, sebab itu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah...sebaik-baiknya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat...” nasihatnya.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata kagum dengan pencapaian Arrian.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrian Akid, 9, dan Andrashah Iman, yang kini berusia enam tahun.

Alhamdulillah...Hasil sebulan PKP....Semalam 21/4/2020 Arrian naik Al-Quran... . . Anak-anakku sayang, tidaklah dibu tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu....rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu...walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang ?)tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat...jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa....jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong....sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat....jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan..sbb tu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki....dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah...sebaik2nya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat... . . Sekian ceramah pagi rabu ?..nnt dah ada instagram sendiri baca apa yang dibu warkahkan ni k...dibu sayang arrian,andra,baby & ayah ?????

A post shared by @ ayu_abas on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.