“Jangan Jadi Macam Ayah, Dah Tua…”- Anak Tomok ‘Naik’ Al-Quran
Penyanyi Tomok, berbangga apabila anak sulungnya, Arrian Shah Akid, 9, kini sudah pandai membaca al-Quran.
Menurut Tomok, dia tidak mahu anak-anaknya jadi sepertinya kerana lambat hendak belajar dan baca al-Quran.
“Ayah doakan anak-anak ayah berjaya dunia akhirat dan belajar mengaji pandai-pandai
Tomok berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Tomok memuat naik video Arrian yang sedang membaca al-Quran dengan lancar.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram isterinya Ayu Abas memberitahu Arrian berjaya mengaji sehingga naik al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.
“Alhamdulillah...Hasil sebulan PKP, semalam 21 April Arrian naik Al-Quran.
“Anak-anakku sayang, tidaklah dibu (panggilan Ibu) tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu....
“Rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu, walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang )tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat...
“Jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa. Jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong.
“Sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat. Jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan, sebab itu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah...sebaik-baiknya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat...” nasihatnya.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata kagum dengan pencapaian Arrian.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrian Akid, 9, dan Andrashah Iman, yang kini berusia enam tahun.