Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Jangan Jadi Minyak & Tambah Api, Tak Kelakar!” - Ayda Jebat Minta Berhenti Buat Parodi Isu Sissy Iman

Shahrin Zulkifle
27/01/2023 03:00 MYT

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meminta orang ramai untuk tidak ‘menambah api’ susulan isu sensasi yang melanda nama penyanyi Sissy Iman, Naim Daniel dan Mas Idayu sejak minggu lalu.

Ini kerana, wujud segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan membuat parodi rentetan isu berkenaan.

Malah tegas Ayda, tindakan tersebut adalah tidak wajar selain dilihat tidak menjaga sensitiviti beberapa pihak.

“Kepada semua, tak kisahlah siapa pun termasuk influencer, artis sendu, hot ke tak, stop buat parodi tentang Sissy Iman, Naim dan Mas Idayu.

“Tak kelakar dan tak perlu. Tak perlu tumpang dengan isu yang ada.

“Jangan jadi minyak dan tambah api. Cari bahan atau atau cara lain untuk buat content atau jadi terkenal,” katanya.

Ayda berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati itu turut memberikan kata-kata semangat buat Sissy dan Naim.

“Sissy Iman dan Naim kena kembali kuat, sentiasa positif ok,” tambahnya.

Terdahulu, kecoh apabila Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.

Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.

Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Ayda Jebat #Mas Idayu #Naim Daniel #Sissy Iman