Laman Utama

“Jangan Jadikan Influencer Sebagai Karier Atau Cita-Cita” - Syed Umar

gempak
Gempak
04/11/2022
03:30 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Jadikan Influencer Sebagai Karier Atau Cita-Cita” - Syed Umar
Pempengaruh media sosial, Syed Umar Sadique Syed Ab Rahman atau dikenali sebagai Marc Sadique berpendapat kanak-kanak atau remaja tidak seharusnya memandang influencer sebagai satu cita-cita untuk dikejar pada masa depan.
Menurut Marc, setiap orang perlu memastikan mereka mempunyai ilmu dan kerjaya profesional dalam kehidupan mereka.
"Sebenarnya, agak menyeramkan apabila ada ibu bapa yang datang kepada saya dan beritahu bahawa anak dia nak jadi influencer macam saya. Saya tidak kata jadi influencer itu satu cita-cita yang murni atau tidak murni.
"Tetapi jangan jadikan ia sebagai satu karier atau cita-cita. Anda tetap boleh jadi influencer sekiranya anda seorang doktor dengan menyebarkan tentang kepakaran anda mengenai kesihatan dan sebagainya. Saya rasa itu lebih bagus.
"Jadi, fokus untuk dapat sesuatu yang berharga dahulu contohnya nak jadi cikgu, polis dan sebagainya selepas itu barulah anda fikir untuk menjadi influencer," jelasnya.
Marc berkata demikian dalam rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU15 bertajuk Influencer Mampu Didik Belia baru-baru ini.
Jelasnya lagi, menjadi pempengaruh bukan hanya sekadar untuk mengejar populariti atau wang ringgit semata-mata sebaliknya perlu menjadi sesorang yang memberikan manfaat kepada orang lain.
“Kita pernah dengar banyak kes anak tak nak sambung belajar sebab nak jadi influencer. Ada juga yang bagi alasan tak belajar tinggi tapi boleh juga jadi kaya.
"Di sini dah jadi masalah dalam 'mindset' kita kerana terlalu fokus untuk meraih duit dan populariti tetapi itu bukan segalanya.
“Apa yang lebih penting adalah kita perlu menjadi manusia berguna dan mampu memberi manfaat kepada orang lain," katanya.
SINAR HARIAN
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024