Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Jadikan iPad Sebagai Baby Sitter”- Wardina Dedah Keburukan Tablet Pada Anak

Syafiqah Jalal
30/05/2019 06:58 MYT
Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menasihati ibu bapa supaya tidak mendedahkan alat teknologi seperti tablet kepada anak dalam usia yang terlalu awal.

Menurut Wardina apabila kanak-kanak sudah ketagih dengan tablet, kesannya agak buruk dan boleh dilihat selepas 10 atau 20 tahun akan datang.

“I have always advocated to not introduce your children to technology too early. JANGAN. JANGAN jadikan IPad sebagai baby sitter.

“Kesan anak-anak yang membesar dengan technology in front of them 24/7 kelak hanya akan dilihat 10 atau 20 tahun lagi. And then it may be too late.

“Ini bukan soal alah, tak pe lah biar dia membesar sesuai dengan zaman. Yes, if you control use! Masalahnya bila tidak control (recommendations bawah umur 2 tahun Kalau boleh tak payah langsung above 2 about 1-2 hours a day-American Academy of Pediatrics)

“Menyumbat anak2 dengan Ipad menyebabkan mereka ketagih dan ketagihan ini sama dengan neural pathway ketagihan dadah! Sama! Anak2 tidak belajar komunikasi (lambat bercakap-kerana komunikasi satu hala sahaja) dan cara berinteraksi dengan betul.

“Boleh bagi, tapi bagi yang dicontrol. And yes it’s not easy. How many hours do your kids really use screen time?,” tulisnya.

Wardina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia telah berkongsi satu artikel berbahasa Inggeris mengenai bahayanya tablet.

Rata-rata peminatnya bersetuju dengan Wardina dan bimbang dengan situasi kanak-kanak kini yang semakin bergantung dengan tablet.

I have always advocated to not introduce your children to technology too early. JANGAN. JANGAN jadikan IPad sebagai baby sitter. Kesan anak2 yang membesar dengan technology in front of them 24/7 kelak hanya akan dilihat 10 atau 20 tahun lagi. And then it may be too late. Ini bukan soal alah, tak pe lah biar dia membesar sesuai dengan zaman. Yes, if you control use! Masalahnya bila tidak control (recommendations bawah umur 2 tahun Kalau boleh tak payah langsung above 2 about 1-2 hours a day-American Academy of Pediatrics) Menyumbat anak2 dengan Ipad menyebabkan mereka ketagih dan ketagihan ini sama dengan neural pathway ketagihan dadah! Sama! Anak2 tidak belajar komunikasi (lambat bercakap-kerana komunikasi satu hala sahaja) dan cara berinteraksi dengan betul. Boleh bagi, tapi bagi yang dicontrol. And yes it’s not easy. How many hours do your kids really use screen time?

A post shared by Wardina Safiyyah Official (@wardinasafiyyahofficial) on

#Anak #Wardina Safiyyah #Tablet #Wardina
;