gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jeff Bezos Selamat Kahwini Wartawan Dalam Majlis Bernilai RM211 Juta
HIBURAN
Warna Unik Mata Kucing Kilafairy Jadi Perhatian - “Handsomenya Taka, Terima Kasih Sebab Selamatkan & Bela Dia Dari Dibuang”
HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Jangan Jadikan Isteri Musuh & Jangan Musuh Dijadikan Isteri” - Ibu Syamsul Yusof

Shahrin Zulkifle
Shahrin Zulkifle
05/03/2023
01:00 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Jadikan Isteri Musuh & Jangan Musuh Dijadikan Isteri” - Ibu Syamsul Yusof

Perkongsian terbaharu di Instagram Stories milik ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menarik pehatian umum.

Menerusi perkongsian tersebut, Patimah berkata suami tidak boleh jadikan isteri sebagai musuh dan sebaliknya musuh jangan dijadikan sebagai isteri.

“Jangan jadikan isteri musuh! Dan jangan musuh pula dijadikan isteri.

“Penyondol terbukti bersalah merampas suami orang, jangan jadikan takdir sebagai alasan,” katanya.

Bagaimanapun perkongsian berkenaan tidak dinyatakan oleh Patimah kepada siapa ingin ditujukan.

Umum sedia maklum, pada 7 Mac ini anak dan menantunya iaitu Syamsul dan Puteri Sarah bakal hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan kes permohonan cerai antara mereka.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam 5, dan Summayah 3.

Topic Berkaitan
#cerai
#Syamsul Yusof
#Puteri Sarah
#Yusof Haslam
#Ira Kazar
#Patimah Ismail
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement