Kemuncak perhubungan Daniel dan Intan semakin mendebarkan.

Intan akhirnya muncul di pejabat Daniel Hakim, bukti dia memberikan peluang kedua untuk menjernihkan hubungan mereka berdua.

Kehadiran Man yang mahu rapat dengan Intan mencetuskan api cemburu pada Daniel.

Hati yang keras lama-lama akan lembut juga apabila terus-menerus dipujuk dan dirayu.



Namun, hanya kerana Daniel mengangkat Intan yang tertidur di dapur ke bilik tidur membuatkan Intan sedar, adakah Daniel betul-betul ikhlas mahu menjernihkan hubungan atau ada agenda tersendiri?

Ingatkan hati Intan kembali lembut, tetapi perasaan terluka dan teraniaya itu masih berbekas dan ia kembali menghantui dirinya.

“Kalau awak terus ganggu hidup saya macam ni, saya akan pastikan awak tak akan jumpa kami lagi. Jangan kacau hidup saya lagi!" tegas Intan pada Daniel.

Apa yang membuatkan Intan tiba-tiba tawar hati untuk berbaik?



Untuk mengetahui apa yang bakal terjadi, jangan lupa untuk terus menyaksikan drama Curi-Curi Cinta setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Drama Curi-Curi Cinta ini dibintangi oleh pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad dan ramai lagi.