HIBURAN
“Jangan Kaitkan Nama Saya Lagi” - Sarah Yasmine
Personaliti media sosial, Sarah Yasmine, tampil menyuarakan kekesalan terhadap tindakan segelintir netizen yang masih mengaitkan dirinya dengan isu lama, termasuk kontroversi melibatkan nama pelakon Aliff Aziz.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, Sarah dengan lantang menegaskan dia tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan individu yang “tidak lagi menjadi sebahagian daripada hidupnya.”
“Do not put my name in the same sentences or conversation with people who are no longer a part of my life.
“There is no way for me to move on from it, but what I can do is take whatever happened last year as a learning lesson, and better myself," katanya.
Dalam kenyataan itu, Sarah juga menjelaskan bahawa dia tidak meminta simpati atau keampunan daripada sesiapa, tetapi hanya berharap agar masyarakat menghormati kehidupannya sekarang.
“Look at me as someone who's trying to earn a living for my kids... don’t create fake stories about me in the industry," tegasnya.
Menurutnya Sarah lagi, dia tidak pernah cuba menutup periuk nasi mana-mana individu dalam industri hiburan, walaupun terhadap orang yang dibencinya.
Dalam satu lagi kenyataan lain, Sarah turut menempelak haters yang masih cuba menghidupkan kembali kontroversi lama.
Tegasnya, semua pihak sepatutnya belajar untuk menghormati ruang peribadi orang lain dan memberi tumpuan kepada perkara yang menambah nilai kepada hidup sendiri.“Korang yang tak boleh move on dengan cerita Aliff Aziz... kita masing-masing dah bahagia dengan hidup baru. Jangan terpaling tahu sebab you all tahu apa yang kita nak, you all tahu aja," ujarnya.
Must-Watch Video