Tinggal beberapa hari saja, episod akhir Projek: Anchor SPM bakal menemui penonton.

Pastinya ketika ini ramai yang akui drama premium terbitan Astro Originals ini antara drama ‘coming-of- age’ paling menarik pernah dihasilkan.

Tidak hairanlah Projek: Anchor SPM trending setiap kali ditayangkan pada Isnin jam 9 malam.

Tidak cukup dengan itu, dialog yang dipaparkan dalam Projek: Anchor SPM, sehingga hari ini masih rancak diperkatakan.

Sama ada daripada Botol, Pengetua Awang mahupun Zaim semuanya meninggalkan kesan cukup hebat.

Oleh itu, kami senararikan antara dialog ‘keramat’ dalam Projek: Anchor SPM!

#1 “Jangan kantoi! Aku bukan kawan kau, aku tak buat untuk kau. Aku buat untuk STIA” - Pengetua Awang


Hands Down! Ini antara babak paling dramatik antara pengetua Awang dan Aizat.

Biarpun ayatnya ringkas, namun ia cukup ia cukup memberi impak yang besar.

Malah ayat yang ‘double meaning’ itu meninggalkan 1,0001 persoalan.

#2 “SPM Je Jat, Bukan Kiamat” - Botol

Dengan perwatakannya yang cukup tenang dan matang, Botol berjaya membawa penonton untuk berfikir panjang.

Seperti yang diperkatakan Botol, SPM bukanlah penamat buat pelajar untuk mengejar cita-cita.

Seperti kebiasaan, Botol pasti muncul dengan ayat-ayat deep!

#3 “Kita Budak STIA, setia pada kawan itu tradisi kita” - Hilmi

Ayat dan dialog ini mungkin bakal mencetuskan kemarahan ramai kerana apa yang diperkatakan Hilmi langsung tidak diguna pakai.

Malah, Hilmi kini dianggap pengkhianat oleh rakan-rakannya.

Apalah agaknya kesudahan kisah Hilmi pada episod akhir nanti?

#4 “Bunga-bunga matahari, anggun mekar di mana sari”- Zaim

Tidak dinafikan, babak ini antara paling kelakar dalam Projek: Anchor SPM!

Gaya Zaim yang secara tiba-tiba menyanyikan lagu Matahari saat didatangi Pengetua Awang cukup melucukan.

Malah, babak tersebut turut trending di Twitter!

#5 "SPM lagi banyak hafal dari faham" - Aaidaa

Siapa boleh menafikan kata-kata Aaidaa ini bukan? Kebanyakan pelajar mengambil masa lama untuk menghafal sebelum menduduki SPM.

Tidak kiralah mata pelajaran sejarah mahupun teori dalam matematik, semuanya perlu dihafal.

Apapun, terdapat banyak lagi babak dan dialog best dalam Projek: Anchor SPM.

Hasil gabungan skrip yang mantap, lakonan cemerlang serta gaya pengarahan cukup cemerlang, Projek: Anchor SPM amatlah wajib anda tonton!

Saksikan Projek: Anchor SPM episod akhir Isnin depan jam 9 malam di Astro Citra.

Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.