"Jangan Kecam Tanpa Usul Periksa" - Ippo Hafiz Beri Peringatan Pada Netizen
Zulaikha Yusof
23/11/2020 07:40 MYT
23/11/2020 07:40 MYT
Penyanyi dan komposer Ippo Hafiz mengingatkan netizen agar menggunakan platform media sosial dengan bijak dan berhati hati saat memberi pandangan terhadap sesuatu isu yang sedang berlaku.
Ippo juga memberi peringatan kepada netizen agar tidak membuat kecaman tanpa usul periksa kerana pertuduhan tersebut mungkin boleh jatuh fitnah dan membuat banyak hati yang terluka.
Peringatan itu disampaikan Ippo ketika membuat secara langsung (live) di Instagram (IG) pada Ahad.
"Saya amat kecewa dengan netizen yang telah memberikan kecaman yang tidak sepatutnya.
"Kami berkarya dari hati bukan untuk kejar populariti. Jadi jangan la korang kecam tanpa usul periksa," katanya kesal.
Luahan itu dibuat Ippo selepas banyak netizen yang mengecam persembahan Aishah ketika separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) baru baru ini.
Saat itu Aishah diberi kepercayaan menggantikan posisi Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mendendangkan lagu karyanya, Aku Bidadari Syurgamu.
"Kalau nak kecam, kecam saya. Jangan legenda kita, Aishah. Pemilihan ini adalah pemilihan bersama.
"Nama penyanyi yang disebut sebelum ini bukan tak ada dalam senarai kami tapi atas sebab ini berkenaan dengan label. Kita nak berbincang dan buat keputusan ini bukan satu perkara mudah.
"Bagi saya, Aishah dah bawa lagu dengan penuh bersemangat dan cekal. Korang tahu tak dia hampir pitam? Saya ada dekat sana menyaksikan.
"Dalam masa singkat dia nak menggalas tugas yang sangat besar. Aishah sudi menyanyikan lagu saya pun dah besar rahmat buat kami semua." katanya lagi.
Pada malam Sabtu, laman media sosial dipenuhi dengan komen-komen tidak berpuas hati dari penonton.
Rata-ratanya berpendapat persembahan Aishah tidak dilakukan dengan baik ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.