Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Jangan Kecam Ustaz Favorite Aku" - Zarina Anjoulie Tempelak Individu Tuduh Ustaz Ebit Lew Riyak!

Hanafis Haris 22/04/2020 | 08:30 MYT
Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah menempelak golongan yang menganggap segala usaha Ustaz Ebit Lew menghulurkan sumbangan sebagai satu perbuatan yang riyak.

Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya hari ini.

Menurut Zarina, Ebit telah banyak memberikan inspirasi buat dirinya baik dari segi tingkah laku dan aktiviti kebajikan.

Menurutnya, satu perkara yang bagus tentang ustaz tersebut adalah cara dan pendekatannya yang dianggap amat lemah lembut.

"Saya suka tengok video dia, cara dia layan orang, layan isteri dan keluarga semuanya boleh dijadikan contoh. Malah, usaha dia membantu orang susah melakukan amal kebajikan juga patut dijadikan contoh.

"Secara tak langsung boleh membuka mata orang untuk sama menolong ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Jelas Zarina, dia tidak faham mengapa segelintir pihak masih mengecam tindakan murni berkenaan, malah ada yang menganggap perbuatan itu sebagai riyak.

"Korang kena faham, apa yang disumbangkan itu adalah hasil sumbangan dan dana orang ramai. Selain itu gambar-gambar tersebut juga untuk tingkatkan kesedaran orang ramai dan bukannya riyak.

"Better macam tu elak fitnah. Nanti kalau ustaz bawa kereta mewah orang tuduh macam-macam, ingat zaman batu ke ustaz bawa motor Honda EX-5," katanya.

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Semalam, Ebit telah membuat permohonan maaf menerusi satu posting di Facebooknya.

Rata-rata warganet mengaitkan posting yang dibuat Ebit Lew itu dengan teguran dibuat beberapa pihak selepas bantuan dihulurkan kepada seorang warga emas Kurang Upaya menjadi kontroversi.

BACA: “Saya Minta Maaf, Saya Tak Berniat Sakitkan Hati Sesiapa Pun” – Ebit Lew

#Zarina Anjoulie #PKP #Ustaz Abit Lew
;