Bersempena hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, pelakon Diana Amir berkesempatan berkongsi beberapa nasihat kepada pengikutnya di Instagaram.

Menerusi hantaran terbaharu di laman sosial tersebut, Diana menasihati orang ramai untuk melakukan beberapa amalan solat sunat agar urusan mereka di permudahkan sewaktu keluar mengundi.

“Jangan keluar mengundi…. tanpa solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat istikharah.

“Walau setinggi mana pengetahuan tentang politik, Allah Maha Mengetahui segalanya.

Semoga Allah membantu kita,” kongsinya.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim, 36, turut berdoa agar segala urusan sepanjang proses PRU15 berlangsung dipermudahkan.

“Semoga yang terbaik untuk agama dan negara. Pemimpin cerminan rakyat,” tambahnya.

A post shared by Ummu Khawlah (@dianaamir)

Difahamkan, Diana telah pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas, menyampaikan ucapan terima kasih kepada Diana diatas nasihat tersebut.


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!