“Jangan Kena Pijak Dengan…”- Terima Banyak Luahan Wanita Rumah Tangga Kena 'Sondol', Puteri Sarah Pesan…
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia masih menerima mesej daripada wanita yang mendakwa rumah tangga mereka diganggu oleh orang ketiga.
Bagi membantu para isteri yang menghadapi masalah yang sama dengannya Puteri Sarah meminta agar kaum wanita mengambil tindakan undang-undang dan tidak sepatutnya membiarkan diri mereka terus dianiaya.
“Bertabahlah wanita-wanita di luar sana. Ramai mesej saya. Tolong ambil tindakan untuk diri sendiri. Jangan bagi kena pijak kepala dengan orang ketiga,” tegasnya.
Ibu kepada sepasang cahaya mata itu memuat naik paparan skrin mesej peribadi yang dikirimkan kepadanya yang bertanyakan mengenai masalah orang ketiga dalam rumah tangga.
Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu menghantar mesej tersebut mewakili kakak iparnya untuk bertanyakan tindakan lanjut yang perlu diambil selepas rumah tangga mereka diganggu orang ketiga.
“Ada tindakan sivil. Kalau awak ikut kes saya, saya ambil dua tindakan undang-undang. Sivil dan syariah.
“Untuk sivil, saya dapat perintah injuksi sebab dia kacau tanpa henti,” jawab Puteri Sarah.
Puteri Sarah sebelum ini memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya dengan pengarah Syamsul Yusof sejak empat tahun lepas.