“Jangan Kerana Satu Kesilapan, Semua Kebaikan Kita Tak Nampak,” - Hafidz Roshdi Mohon Tidak Terus Dihukum Orang Ramai
Gempak
20/12/2023 00:10 MYT
20/12/2023 00:10 MYT
Pelakon, Hafidz Roshdi memberikan peringatan buat orang ramai agar tidak terus menghakimi kesilapan orang lain.
Menurut Hafidz, sikap sedemikian akan menyebabkan segala kebaikan yang pernah dibuat individu terbabit seakan-akan ditutup dan dilupakan.
“Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia.
“Jangan kerana satu kesilapan dia buat, semua kebaikan dia kita tak nampak,” katanya.
BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”
Pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi, 29, itu turut menzahiran rasa syukur apabila ramai mendoakan kesejahteraan perkahwinannya yang berlangsung kelmarin.
Akuinya, masih ramai insan berada di belakangnya menyuntik kata-kata semangat tidak kira dalam apa jua situasi.
“Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.
“Semoga yang baik-baik untuk saya dan juga isteri saya serta yang mendoakan kami,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah
Hafidz bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam dengan sekali lafaz pada 16 Disember lalu.
Pada majlis pernikahan itu, Hafidz menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pengantin perempuan.
Sebelum ini, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.\