Hiburan
Jangan Ketawa, Pelindung Muka DIY Aishah Ini Mungkin Membantu Kita Semua Nanti!
Penyanyi popular Aishah, berkongsi cara membuat sendiri pelindung muka kepada sahabatnya seorang doktor.
Idea tersebut tercetus selepas sahabatnya dikenali sebagai Dr Nazlin membuat posting di Whatsapp memberitahu beliau mencari plastik pembalut buku untuk dijadikan pelindung muka.
Bagaimanapun Dr Nazlin yang juga presiden kelab peminat Aishah akhirnya berjaya mencipta pelindung muka sendiri menggunakan plastik yang dikoyak daripada fail.
“Ini kawan saya Dr Nazlin, beliau merupakan seorang doktor Estetik dan General Practitioner juga presiden kelab peminat Aishah FCFF.
“Walaupun tidak bertugas di hospital yang berhadapan dengan pesakit COVID-19 secara terus, beliau tetap berdepan dengan pesakit-pesakit yang berpotensi mengidap penyakit ini di kliniknya.
“Tengahari tadi dalam Whatsapp group FC kami beliau kelam kabut cari plastik yang selalu dijual di kedai buku, masalahnya kedai buku semua tutup.
“Nasib baik, entah fail mana beliau dah koyakkan plastiknya untuk buat face shield tu,” tulisnya.
*Dr Nazlin
Aishah berkata ideanya mula timbul untuk mencipta pelindung muka sendiri apabila terpandang botol air kosong ketika hendak membuang sampah.
“Petang tadi tengah menguruskan sampah, saya terpandang botol air kosong. Idea datang!
“Inilah hasilnya, tolong jangan bahan gambar 'doktor' baru ni ek. Sekadar nak tunjuk saja.
“Dengan menggunakan botol air ni kita boleh buat face shield sekiranya terpaksa keluar buat masa ini.
“Permukaan yang keras dan melengkung senangnya nak jadikan pelindung muka DIY. Boleh adjust sendiri nak potong panjang mana.
“COVID-19 ni menurut Lin boleh dijangkiti melalui cecair dari mata dan sebagainya. Jadi face shield begini memang perlu untuk frontliners ni.
“Tetapi biasalah benda-benda macam ni terhad dan juga agak mahal sekarang. So kita try yang ni.
“Take care Lin, and all the frontliners.Our prayers are with you guys always,” tulisnya.
Sementara itu diruangan komen Dr Nazlin telah mengucapkan terima kasih kepada Aishah kerana telah memberi idea dengan rekaan tersebut.
Aishah juga dilihat membalas komen Dr Nazlin sambil memberitahu tidak ada cara lain yang boleh dibuat untuk membantu para petugas kesihatan juga barisan hadapan penentang COVID-19 ini.
Must-Watch Video