Hiburan
"Jangan Kongsi Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial" - Amar & Amyra Nasihat Jaga Hal Peribadi
Zaman sekarang ini banyak perkara kecil ataupun besar begitu mudah mengganggu kehidupan berumah tangga, apatah lagi buat pasangan selebriti.
Menurut Amyra Rosli, karier memang masing-masing menentukan tetapi untuk hubungan suami isteri satu perkara yang perlu diberi perhatian bersama.
"Selagi kita pandai bahagi masa dan selagi kita tidak hiraukan keliling kita yang membawa vibe negatif, I think it should be okay," kata Amyra.
Kata Amyra lagi, diri sendiri dan pasangan perlu kuat dan jangan mendengar cakap-cakap luar yang terlalu kuat pengaruhnya.
Amar Baharin pula berkata ianya terpulang kepada individu tersebut.
"Untuk kami, bila dah ada anak tu lagi kita nak luangkan masa dengan keluarga. Lagi rasa cepat nak balik rumah jumpa dengan anak," kata Amar.
Nasihat Amyra kepada pasangan di luar sana, jangan sesekali menggunakan media sosial untuk meluahkan masalah rumah tangga.
"Sebab sedikit sebanyak benda tu akan tarik netizen masuk dalam life kita. So kalau kita ada masalah dengan pasangan kita, kita settle kan sendiri," jelas Amyra.
Tambahnya lagi, kalau buat hubungan semakin rapat, buatlah perkara-perkara seperti mana ketika di awal perkenalan dulu seperti hari-hari berkomunikasi antara satu sama lain.
Untuk Amar pula, cara kita menyelesaikan masalah itu adalah perkara yang paling utama.
"Bagi kami dalam relationship bohonglah kalau cakap kami tidak pernah bergaduh.
"Dua-dua perlu menyelesaikan atau salah seorang perlu mengalah, kalau tidak apilah dalam rumah tangga tu," sambung Amyra kepada Hlive!
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).