“Jangan Lempar Batu Sembunyi Tangan” - Noor Kartini Trending! Ramai Mahukan Pesalah Sebenar…
30/05/2021 23:54 MYT
Kontroversi membabitkan ibu kepada selebriti Neelofa, Datin Noor Kartini masih menjadi perbualan ‘panas’ netizen ketika ini.
Biarpun Noor Kartini telah menjelaskan perkara sebenar, namun orang ramai dilihat masih tidak berpuas hati selain turut membuat pelbagai teori.
Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, kebanyakan netizen mahu pesalah sebenar membuat permohonan maaf secara terbuka.
Malah, tidak kurang juga yang mahu melihat wajah perilaku tersebut.
“Kalau betul salah, munculkan diri dan minta maaf”
“Kalau betul-betul salah, bertanggungjawab la. Jangan lempar batu sembunyi tangan”
“Aku still nak tahu siapa yang buat huru hara ni,” tulis beberapa netizen.
Terdahulu, menerusi hantaran Instastory di laman Instagram, Noor Kartini didakwa mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.
Tulisan itu meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu berkuat kuasa sehingga 1 Ogos depan.
Susulan insiden berkenaan, Noor Kartini tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Noor Kartini turut berkongsi bukti perbualan dan salinan laporan polis yang dibuat pada Ahad.
Pada masa sama, polis kemudian mengesahkan bakal melakukan membuat siasatan berhubung isu tersebut.
BACA: Didakwa Muat Naik Komen Sensitif Terhadap Sultan Johor, Polis Siasat Instagram Noor Kartini!