Anak-anak kamu peminat setia kartun Pinkfong dan Baby Shark? Jangan lepaskan peluang untuk ke acara pelancaran terbesar Gamuda Cove Experience Gallery di Persiaran Cove Sentral pada 21 September ini!

Sebagai ibu bapa, anda pasti teruja melihat keseronokan anak-anak di karnival itu nanti apabila berpeluang bertemu dan beramah mesra serta bergambar dengan kartun atau maskot Pinkfong dan Baby Shark kesayangan mereka.

Selain daripada karnival Pinkfong dan Baby Shark ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga lain yang boleh anda sertai.

Antaranya menaiki belon panas,mendekati haiwan jinak dalam ‘petting zoo’, bercucuk tanam dengan ‘urban farming’, mengimbangi badan anda di dalam belon di atas air dengan ‘aqua zorbing’, kayak dan gerai makanan.


Menariknya, pengunjung terawal ke acara terbesar ini akan mendapat tiket ke persembahan ‘Harith Iskandar Comedian Show’ pada 21 September ini atau menaiki belon panas secara percuma!


Sambil berhibur, anda juga boleh melawat beberapa galeri atau showroom yang disediakan di pelancaran Gamuda Cove.


Jika anda sedang mencari kediaman yang selesa dengan suasana yang harmoni, anda boleh merasai sendiri pengalamannya dengan mengunjungi beberapa galeri rumah teres dua tingkat Palma Sands serta pangsapuri Maya Bay Residences yang disediakan.


Jadi tunggu apa lagi, mari ke Acara Terbesar Pelancaran Gamuda Cove pada 21 September ini bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Acara ini juga akan diteruskan lagi pada 21, 22, 28 dan 29 Sepember ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke http://gamudaland.com.my/gamudacove/grand-launch/ atau hubungi 016 299 1666.