"Jangan Lupa Birthday Isteri Ok" - Datuk Fazley Kongsi Rahsia Kebahagian Rumah Tangga

Amri Hassan
Ogos 17, 2018 04:41 MYT
Selebriti popular Datuk Fazley Yaakob berkongsi salah satu tips kebahagiaan rumah tangganya bersama Datin Azrene Ahmad.
Kata Fazley, 40, sentiasa mengingati hari ulangtahun kelahiran isteri menjadi formula untuk mereka kekal bahagia.
"Minggu depan kami berdua tak dapat bersama untuk menyambut birthday 'adik sayang' Azrene Ahmad.
"Jadi, kita buat celebrations awal.
"Ramai orang tanya saya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga?
"Salah satunya, jangan lupa birthday isteri okey," tulisnya pada kapsyen entri terbaharu di Instagram.
Fazley turut memuat naik sepotong video dia sekeluarga meraikan hari jadi Azrene malam tadi.
Kemeriahan sambutan itu turut diraikan bersama pasangan merpati dua sejoli, Raf dan Mawar Rashid.
Fazley dan Azrene telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.
Foto: @fazleyyaakob
#Hari Jadi #Datuk Fazley Yaakob #Datin Azrene Ahmad