Jangan Lupa Saksikan Gabungan Hady Mirza, Naqiu, Mawi, Lah Ahmad & Ramai Lagi Dalam PanggilanMu!

Kamaruddin Razal
Julai 23, 2020 11:53 MYT
Bersempena kehadiran Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba, My Salam Muslim muncul dengan video istimewa berjudul PanggilanMu.
My Salam Muslim menjalin kerjasama dengan barisan artis popular seperti Hady Mirza, Naqiu, Lah Ahmad, Mawi, Anas Tahir bersama PU Azhar dan mereka bergabung suara mendendangkan talbiah yang diberi nafas baru sempena musim Haji ini.
Talbiah merupakan satu ucapan yang menandakan kehadiran para Jemaah Haji yang dilafazkan oleh setiap jemaah haji.
Jangan lupa saksikan tayangan perdana video istimewa PanggilanMu pada di kesemua platform My Salam Muslim dan saluran-saluran Melayu Astro serta radio ZAYAN esok (Jumaat), 24 Julai 2020 pada jam 8.55 malam!
#Salam Muslim #PanggilanMu