Penyanyi, pelakon dan usahawan Iqbal Zulkefli turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Zul Ariffin baru-baru ini.
Berdepan kecaman daripada netizen, kata Iqbal dia menyifatkan Zul sebagai individu yang tenang dan terbuka.
"Saya tak sanggup melihat Zul Ariffin dikecam bertubi-tubi. Hampir setiap hari penggambaran saya bersama beliau dan setiap hari saya belajar ikut menjadi orang yang tenang seperti beliau.
"Tapi kali ini apabila beliau perlukan semangat, saya rasa bersalah. Meskipun mulut dan riak wajahnya tetap senyum padahal saya tahu dia memerlukan sokongan.
"Inilah artis yang paling tenang dan bercakap terbuka yang saya kenal. Dia bukan orang yang banyak kerenah. Dia orang baik, pemurah," ujarnya.
Dalam pada itu, Iqbal yang sebelum ini pun pernah dihenyak dengan pelbagai tohmahan daripada warganet memahami situasi Zul dan mendoakan yang terbaik buat pelakon terbabit.
"Biarlah sejuta orang memberi hentaman, tetaplah kita pilih untuk menjadi penguat di kala orang memerlukan semangat.
"Tidak bererti membenarkan hal yang tidak manis tetapi jangan lupa sisi baiknya," pesannya.
Tindakan Iqbal mempertahankan Zul turut tidak disenangi oleh pengguna media sosial. Malah ada yang tampil membantah cara pempengaruh itu atas dasar agama dan keberkatan.
Tegas Iqbal lagi, dia meletakkan dirinya dalam situasi Zul yang memerlukan sokongan moral daripada individu sekeliling ketika ini.
"Siapa pun mereka, sama ada keluarga, sahabat, kenalan jauh, mahupun orang yang saya tidak kenal, ketika mereka memerlukan semangat, saya memilih untuk menjadi orang yang sudi menerima dan mendengar.
"Ini kerana saya tahu, ada ketika pasti saya juga akan melakukan kesilapan. Tidak hari ini, di hari mendatang.
"Di mana waktu itu semua manusia memilih untuk menjauh, membiarkan saya terkapai-kapai dan cuba menjadi lebih baik, tapi ditendang.
"Mungkin hari ini kita rasa berkuasa, kita rasa di pihak benar, namun berwaspadalah apabila menjadi penilai. Selalu ingat, kita bukan malaikat. Kita tidak selamanya di pihak yang benar," tambahnya.
Terdahulu, aksi babak lakonan Zul mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama di televisyen mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Bagaimanapun, video yang bertujuan untuk promosi drama itu telah dipadamkan dari akaun media sosialnya.
Amri Hassan
Tue Mar 22 2022


Jadi Penjual Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Fazura Teruja Sambut Aidiladha Di Kelantan - “Mesti Pandai Dah Kecek Kelate”
Raya Haji di Kelantan memang meriah.

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.

Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”
Memang best!