Hiburan

"Jangan Lupa Tau, Wajib..." - Tasha Manshahar Tegaskan Kepentingan Daftar Kelahiran Anak

gempak
Asraf Aided
14/10/2019
10:29 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Lupa Tau, Wajib..." - Tasha Manshahar Tegaskan Kepentingan Daftar Kelahiran Anak
Penyanyi Tasha Manshahar menegaskan kepentingan mendaftar kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Tasha, suaminya, Raqib telah membantunya untuk mendaftar anak mereka di JPN ketika tempoh berpantang dan hanya tinggal di rumah.
“Ingat lagi masa nak daftar nama Muammar dulu. Saya dalam pantang, Raqib je pergi daftar nama. Saya sediakan semua dokumen penting, masuk dalam satu fail, explain satu-satu dekat Raqib sebelum dia pergi JPN.
"Kitorang memang ada bincang beberapa nama dari saya hamil lagi. Tapi sebab susah nak decide, saya hari-hari panggil Muammar as "anak mommy" so, saya cakap dekat Raqib pilihlah nama yang dia rasa paling dekat di hati dia.
"Maka, termaktublah nama Muammar Rafiqi dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara Nak tahu maksud nama, tanya @raqibmajid.
"To parents-to-be, jangan lupa tau, WAJIB daftar kelahiran anak di JPN berdekatan regardless kewarganegaraan ibubapa dalam tempoh 60 hari selepas bersalin. Sijil kelahiran tu bertujuan untuk rekod simpanan mengenai setiap kelahiran di Malaysia," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Tasha meninggalkan respon positif dan berkongsi pengalaman mereka sendiri, ada juga yang memuji kecomelan Muammar.
Ingat lagi masa nak daftar nama Muammar dulu. I dalam pantang, Raqib je pergi daftar nama. I sediakan semua dokumen penting, masuk dlm satu file, explain satu-satu dekat Raqib sebelum dia pergi JPN. Kitorg mmg ada bincang beberapa nama dari i pregnant lagi. Tapi sebab susah nak decide, i hari-hari panggil Muammar as "anak mommy" ? so, I cakap dekat Raqib pilihlah nama yang dia rasa paling dekat di hati dia dan pergilah daftar terus. Maka, termaktublah nama Muammar Rafiqi dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara ?♥️ Nak tahu maksud nama, tanya @raqibmajid . _ To parents-to-be, jangan lupa tau, WAJIB daftar kelahiran anak di JPN berdekatan regardless kewarganegaraan ibubapa dalam tempoh 60 hari selepas bersalin. Sijil kelahiran tu bertujuan untuk rekod simpanan mengenai setiap kelahiran di Malaysia. Tp i personally walaupun tempoh dia 60 hari, i tak suka tunggu sampai hujung2. Lepas dah daftar tu inshaAllah mmg lega hati korg, nak bawa anak pergi checkup ke apa ke, nama anak dah daftar. Takde lah "baby of" "baby of" bergema satu klinik ? _ Mcm mommy dulu lah, lega rasa bila dedi bawa balik MyKid anak, sebab kalau tak, mommy nak daftar nama "Anak Mommy bin Fahrur Raqib". Nasib baik tau. _ @jpn_official
A post shared by @ tashamanshahar on
Imbas kembali, Tasha dan Raqib mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muammar Rafiqi pada 21 Jun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024