"Jangan Lupa Tau, Wajib..." - Tasha Manshahar Tegaskan Kepentingan Daftar Kelahiran Anak
Penyanyi Tasha Manshahar menegaskan kepentingan mendaftar kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Tasha, suaminya, Raqib telah membantunya untuk mendaftar anak mereka di JPN ketika tempoh berpantang dan hanya tinggal di rumah.
“Ingat lagi masa nak daftar nama Muammar dulu. Saya dalam pantang, Raqib je pergi daftar nama. Saya sediakan semua dokumen penting, masuk dalam satu fail, explain satu-satu dekat Raqib sebelum dia pergi JPN.
"Kitorang memang ada bincang beberapa nama dari saya hamil lagi. Tapi sebab susah nak decide, saya hari-hari panggil Muammar as "anak mommy" so, saya cakap dekat Raqib pilihlah nama yang dia rasa paling dekat di hati dia.
"Maka, termaktublah nama Muammar Rafiqi dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara Nak tahu maksud nama, tanya @raqibmajid.
"To parents-to-be, jangan lupa tau, WAJIB daftar kelahiran anak di JPN berdekatan regardless kewarganegaraan ibubapa dalam tempoh 60 hari selepas bersalin. Sijil kelahiran tu bertujuan untuk rekod simpanan mengenai setiap kelahiran di Malaysia," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Tasha meninggalkan respon positif dan berkongsi pengalaman mereka sendiri, ada juga yang memuji kecomelan Muammar.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muammar Rafiqi pada 21 Jun lalu.