Hiburan
"Jangan Lupakan Ayah...Jebat Jayden" - Luahan Sharnaaz Buat Ramai Netizen Sebak!
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan perasaan berhubung kemelut dan situasi yang sedang dialami bersama anaknya Jebat Jayden.
Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya baru-baru ini.
Menurut Sharnaaz, perkara yang tidak boleh diubah pada masa lalu adalah perkahwinannya.
"Namun perkara yang boleh diubah adalah kamu wahai anakku. Saya hanyalah pelawat seperti mana mereka minta.
"Tetapi saya akan lawan hingga nafas terakhir," katanya.
Tambahnya lagi, tidak sebesar zarah mereka itu penting untuk antara dia dan anaknya.
"Jangan lupakan ayah anakku Jebat Jayden," katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen simpati dengan luahan pelakon tersebut.
Kebanyakan mereka mendoakan yang terbaik untuk urusan Sharnaaz dan keluarganya.
Untuk rekod, pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu.
Kemudian pada 11 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.