Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Main Gila” - Isteri Kena Kacau, Caprice Beri Masa 24 Jam Untuk Mohon Maaf

Mya Amri
23/05/2022 02:35 MYT
Penyanyi rap, Caprice memberikan amaran kepada individu yang mengganggu privasi isterinya, Farra Inalis dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Tindakan lelaki tersebut telah melampaui batas dan Caprice memberikan tempoh 24 jam kepada individu terbabit untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.

“Pertama sekali Malaysia, saya tak kisah jika anda mahu membenci saya, maksudnya bencikan saya. Tetapi apabila anda mula kacau isteri saya atau anak saya.

“Atau menghubungi isteri saya pada malam hari atau WhatsApp isteri saya itu tandanya anda telah melampaui batas antara kehidupan peribadi saya.

“Kenapa? Sebab kita akan mula fikir tentang keselamatan isteri dan anak saya. Jadi awak mempunyai masa selama 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan.

“Kali pertama awak text isteri saya, kita fikir okay mamat ni mungkin gila jadi kami berikan dia amaran dengan harapan tidak kacau isteri saya lagi.

“Tetapi tidak, hari ini (semalam) juga dia text isteri saya, guys jangan main gila terutamanya tentang keluarga,” ujarnya.

Menerusi video pendek itu juga, Caprice berkongsi bukti-bukti kiriman WhatsApp individu tersebut.

“Bila orang start melampaui batas dan buat kita risau pasal keselamatan family… You have crossed the line,” tulisnya ringkas.

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Caprice dan Farra Inalis telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan November 2021.

#whatsapp #Caprice #Permohonan Maaf #Farra Inalis #Isteri Kena Kacau
;