Pelawak dan pengacara, Ajak Shiro memaklumkan bahawa kenderaan pacuan roda miliknya terlibat dalam satu kemalangan kecil apabila dilanggar sebuah kereta dari arah belakang petang semalam.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika kenderaan tersebut dipandu isterinya, Afifah Amin di kawasan Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan.

"Cerita petang tadi (semalam), sakit bontot kita kena langgar. Nasib baik tak ada apa-apa. Alhamdulillah, dua-dua selamat.

"Hati-hati ya semua, Jangan main telefon bila memandu okay #report #claiminsuran #hatihatisemua #hujan #jalanlicin," tulis Ajak menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya malam tadi.

Ajak turut berkongsi foto yang memaparkan keadaan kenderaan tersebut.

Cerita petang tadi... Sakit montot kite kena langgar..Nasib baik xde pape..Alhamdulillah dua2 selamat..Hati2 ye semua....Jangan main handphone bila drive okay? . #report #claiminsuran #hatihatisemua #hujan #jalanlicin

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on


Sementara itu, Afifah dalam posting di Instagram miliknya memberitahu kenderaannya Toyota Hilux tersebut dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza ketika dia sedang menunggu di lampu isyarat.

"Cikgu elok jer tunggu lampu isyarat merah. Tiba-tiba kena cium dari belakang. Saja tau..buat terperanjat," tulisnya menjawab komen netizen.

Perasan bag atas kerusi penumpang jatuh.. Eh, Lahhh kene langgar ke???‍♀️ Panjatttt boboi...?.. Alhamdullilah xde apa2... . #bendadahnakkene

A post shared by Afifah Amin (@afifahamin) on


Biarpun bahagian depan Perodua Alza tersebut remuk, namun tiada kecederaan berlaku kepada pemandu dan penumpang.

Dalam pada itu, jangan lupa, saksikan program lakonan Ajak di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.