Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Jangan Main-Main! PU Syed Ulas Isu Cerai Siti Jamumall & Aiman - “Kalau Dicampurkan Talak Sebelum Ini Dengan…”

Asyraf Roslan 16/05/2025 | 07:55 MYT

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi penjelasan berhubung isu lafaz cerai yang dilakukan oleh personaliti media sosial, Aiman Tak Kesah terhadap isterinya, usahawan Siti Jamumall, ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Menurut PU Syed, sekiranya talak itu sah dan digabungkan dengan talak terdahulu, ia boleh mencukupi kuota tiga kali talak.

“Saya difahamkan mereka telah bercerai sekali sebelum ini dan telah rujuk kembali. Dalam siaran langsung baru-baru ini, suaminya telah melafazkan cerai dengan talak dua, malah mengulanginya beberapa kali.”

“Ada beberapa perkara yang kalau kita bersungguh pun dia akan menjadi, kalau bermain-main pun akan menjadi salah satunya cerai kalau kita hanya bergurau juga ia boleh jadi cerai.
“Lebih-lebih keadaan isteri yang sedang mengandung diceraikan kali kedua dengan talak dua, kalau dicampurkan talak sebelum ini dengan talak kedua telah mencukupkan kepada tiga kali kouta talak maka talak ini disebut talak bain kubro,” katanya.

Dalam pada itu, PU Syed atau atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut menegaskan sekiranya sudah berlaku talak tiga, pasangan terbabit tidak boleh rujuk semula kecuali setelah si isteri berkahwin dengan lelaki lain, disetubuhi secara sah dan kemudian bercerai.

Bagi kes ini, jika sah talak, mereka tidak boleh lagi rujuk sehinggalah isterinya bernikah dengan suami yang lain. Syarat berkahwin lain, suami yang baru itu mestilah pernah ‘bersama’ dengan isteri tersebut lalu mereka bercerai.

“Kemudian barulah isteri boleh berkahwin semula dengan bekas suami. Jangan upah pak turut atau ‘cina buta’, pernikahan tersebut tidak sah,” tambahnya.

PU Syed turut menasihatkan agar isu berkaitan cerai dan rujuk perlu dirujuk kepada pihak mahkamah syariah untuk penentuan dan pengesahan yang sah.

Terdahulu, Siti Jamumall mengesahkan sudah kembali rujuk bersama dengan bekas suaminya iaitu personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah pada 6 Mei lalu.
Siti dan Aiman telah berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024.

Sebelum ini, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.

#PU Syed #Siti Jamumall #Aiman Tak Kisah