Hiburan

Jangan Makan Hati…Atuk Berusia 100 Tahun Ini Kahwini Gadis Umur 20 Tahun!

gempak
Hanafis Haris
27/02/2020
23:31 MYT
Sponsor Banner
Jangan Makan Hati…Atuk Berusia 100 Tahun Ini Kahwini Gadis Umur 20 Tahun!
Seorang warga emas berusia hampir 100 tahun menarik perhatian ramai apabila mengahwini seorang gadis yang jauh lebih muda darinya.
Apa yang mengangumkan, jarak perbezaan umur antara mereka dianggarkan sehingga 80 tahun berikutan umur gadis berkenaan baru berusia 20 tahun.
Menerusi laporan Kumpuran.com, perkahwinan Katte dan isterinya, Indo Alang telah berlangsung di di kabupaten Wajo di Sulawesi Selatan, kelmarin.
Malah, video majlis tersebut telah viral di media sosial Indonesia.
Menurut saudara kepada pengantin lelaki perkahwinan tersebut diadakan di rumah pihak perempuan di Jalan Galico.
"Ya betul, Katte dan isterinya selamat diijab kabul semalam.
"Saya tidak pasti tentang umur sebenar Katte, tetapi dianggarkan kira-kira 100 tahun kerana dia merupakan pejuang ketika era penjajahan Belanda manakala isterinya berusia dalam lingkungan 20-an," katanya.
Tambahnya, Katte turut membelanjakan 5 juta Rupiah (RM1,500) untuk wang hantaran dalam adat budaya Bugis-Makassar.
Sumber: Kumpuran.com/ Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live