"Jangan Malas-Malas, Makeuplah Sikit, Orang Perempuan Jangan Basi-Basi Tau" - Diana Rafar Kongsi Pesan Emak Buat Netizen Sebak

Rozaimi Zubaidi
Januari 18, 2019 00:21 MYT
Penyanyi Diana Rafar mengakui masih segar segala pesan yang dikatakan oleh emaknya, Allahyarhamah Rasimah Abdul Rahman.
Menerusi entri di Instagram (IG), Diana berkongsi kata-kata yang sering diingatkan oleh emaknya sehingga membuatkan netizen berasa sebak.
"Makin lama makin rindu. Kadang terlupa, eh mak dah takda ke? Adik. Adik dah makan? perut tu jangan kosong, makan sikit buat air makan dengan biskut, tiap pagi pesanan yang sama tak jemu-jemu mak pesan.
"Adik muka tu jangan botak, jangan malas-malas, makeuplah sikit orang perempuan jangan basi-basi tau. Allah hu Mak! Terdengar dengar suara mak lagi.
"Mak! Adik ada rezeki nak masuk ni mak tolong doakan adik ya, Ya Allah kau jadikanlah anak ku Diana jutawaan beriman amin. Itulah doa mak pada Diana selama ni.
"Subhanallah kuatkanlah aku ya Allah hilang doa seorang emak kini. Mak! Moga Allah perkenankan setiap doa mak untuk anak-anak mak selama ni ya Amin. Adik harap sangat mak dapat jumpa arwah abah kat sana, jumpa cucu mak Memen kat alam sana.
"Moga Allah pilih mak dapat duduk di taman syurga bersama orang-orang yang beriman. Sunyi sangat rasa macam hilang nikmat nak buat apa pun lain, memang adik redha mak," tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan berharap agar dia tabah menghadapi dugaan ini.
Terdahulu, difahamkan tangan kiri emak Diana terpaksa dipotong akibat mengalami kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah pada 12 Disember tahun lalu dan disahkan meninggal dunia pada 11 Januari lalu.
#Penyanyi #Penyanyi #Diana Rafar