Penyanyi dan pelakon, Cik Manggis suka mencuba dan belajar perkara baru dalam kehidupan sehariannya.

Menurut pemilik nama sebenar Nurshazwani Shamsuddin ini, melihat perkembangan, meskipun sedikit, mampu membuatkan dia lebih bermotivasi dan gembira.

Justeru, Cik Manggis yang juga anggota kumpulan De Fam ini baru sahaja cuba menghasilkan lukisan berkonsepkan garisan (line art) dan bermain kasut roda.

"Saya suka belajar perkara baru sebab saya suka melihat perkembangan, tak kiralah banyak atau sedikit, meraikannya membuatkan saya gembira dan bermotivasi," kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Cik Manggis berpesan kepada orang ramai agar tidak malu dengan percubaan masing-masing.

"Jangan malu jika anda tidak sebagus orang lain, apa yang penting anda telah lakukan sesuatu.

"Anda telah lakukan dengan baik dan wajar menerima sokongan," kongsinya lagi.

Menerusi entri sama, Cik Manggis menunjukkan hasil lukisan dan video dia bermain kasut roda yang dimaksudkan.

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata pengikut Cik Manggis meninggalkan respon positif.

Mereka bersetuju dengan pendapatnya dan memuji hasil kerja seni yang dipaparkan.

A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis)