"Jangan Malu Untuk Keluar Wahai Kaum-Kaum Gemuk" - Abam Bocey

Rozaimi Zubaidi
Mei 25, 2018 01:01 MYT
Pelawak Abam Bocey menasihati orang yang mempunyai berat badan berlebihan (Obesiti) supaya tidak malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Menerusi entri di Instagram (IG), Abam mengajak orang yang mempunyai berat badan berlebihan supaya melakukan senaman supaya tidak di pandang rendah oleh masyarakat.
"Masih ada gemuk yang tak keluar untnk berubah. Jangan malu untuk keluar wahai kaum-kaum gemuk.
"Sebab Gemuk Is Awesome, Jom kita keluar untuk buat sesuatu supaya orang tidak memperlekehkan kaum gemuk!
"Buktikan yang gemuk mampu berubah dan buat sesuatu ketika berada diluar," tulisnya.
Rata-rata pengikut Abam bersetuju dengan nasihat diberikan kepada golongan yang mempunyai berat badan berlebihan dan mereka mendoakan agar dia dapat mengurangkan berat badannya.
Sebelum ini Abam dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 15kh dalam masa tiga minggu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
#Pelawak #Abam Bocey