Debaran akhirnya terjawab di mana 12 buah lagu telah dipilih untuk berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kesemua lagu telah diadili oleh barisan juri profesional Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM38) yang diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

Sementara itu, lagu Santai dendangan diumum Lagu Terbaik pada hari ketiga SFMM 38.

BERITA TRENDING: 15 Tahun Tak Bertanding Di Muzik Muzik, Ziana Zain: “Nervous, Rasa Nak Terkencing…”

Dengan kemenangan itu, pemenang menerima wang tunai RM3,000 dan barangan eksklusif sumbangan penaja utama, Alha Alfa.

Santai kemudiannya diumumkan sebagai pemenang Lagu Pilihan Alha Alfa yang menyediakan hadiah wang tunai RM2,000 dan barangan eksklusif sumbangan Alha Alfa.

Santai telah dipersembahkan oleh Naqiu di pentas SFMM 38.

Selain itu, pentas SFMM38 juga dimeriahkan dengan persembahan daripada kumpulan Search.

Hari ketiga SFMM 38 berlangsung di Studio 1, Glenmarie pada Ahad dan dihoskan oleh Izzue Islam bersama Fiza Frizzy.

Berikut merupakan senarai penuh 12 lagu yang dipilih untuk ke AJL38.

1.Jangan Mati Rasa Itu - (Aina Abdul/Aina Abdul)

2.Sutera - (Aishah Retno/Aishah Retno)

3.Santai - (Faizal Tahir/Faizal Tahir)

4.Inilah Jalannya - (Masdo/Noh Salleh)

5.Astana - (Ernie Zakri/Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel/Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel)

6.Darah - (Marsha Milan/Naim Daniel & Firdaus Rahmat/Naim Daniel & Firdaus Rahmat)

7.Kalam - (Shiha Zikir/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat)

8.Hasrat - (Amir Jahari/Amir Jahari)

9.Kucuma - (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah/A Ramlee & Ezra Kong/A Ramlee & Ezra Kong)

10.Bintang - (Hael Husaini/Hael Husaini)

11.Waktu - (Hasif Upin & Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat)

12.Selagi Ku Ada - (Khai Bahar & Nabila Razali/Amylea/Amylea)

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac depan.

Untuk info, Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia.

Secara keseluruhan, 29 buah lagu Muzik Muzik 38 bertanding di pusingan separuh akhir selepas penyanyi lagu Budi iaitu Sufian Suhaimi, Luca Sickta dan Kmy Kmo membuat keputusan menarik diri daripada bersaing di SFMM38 pada Ahad.