Isteri kepada penyanyi dan pelawak Mark Adam, Norazah Redzuan atau lebih mesra disapa Ezan berang dengan sikap segelintir individu yang suka menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan orang lain.
Menurut Ezan, Mark menerima komen makian daripada netizen di Instagram (IG) miliknya walaupun sudah mengaku salah.
"Kita semua ni jadi manusia jangan asyik suka sangat nak menghukum orang.
"Bila dia salah, yes! Dia salah dan dia dah mengaku pun.
"Tapi jangan menghukum dia macam kita ni ahli syurga yang tak pernah buat dosa.
"Maki hamun dia semua. Cakap orang Malaysia ni penuh dengan budi bahasa?
"Apa bahasa yang korang guna untuk comment dekat dia.
"Ye betul dia salah, ada silap dia, yang kita semua ni tahu ke silap kita?" luahnya menerusi Instagram Stories.
Tambah Ezan dia berkata sebaiknya masing-masing menjaga hal diri sendiri.
"Lebih baik kita semua ni focus pada diri sendiri sebelum jatuhkan hukum pada orang lain.
"Tidak salah nak tegur salah seseorang itu, tapi jangan sampai kita berlagak yang kita ni tak pernah buat salah.
"Membuat kesalahan itu sesuatu yang biasa tapi mengakui kesalahan dan memohon kemaafan itu sesuatu yang luar biasa dan tidak semua orang berani melakukannya," tulisnya lagi.
Di samping itu, pengacara Sherry Al Hadad mendedahkan sudah memaafkan keterlanjuran Mark di ruangan komen Instagram TV.
"Assalamualaikum semua. Mark dah telefon saya dan minta maaf secara personal.
"Dia, saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan," tulisnya.
Terdahulu, Mark menerima kecaman daripada netizen selepas bertindak mempersendakan fizikal Sherry ketika konsert Big Stage 2 pada malam Ahad.
Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Zulaikha Yusof
Tue Aug 20 2019
Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan ozempic. Oleh sebab itu, menerusi satu notis yang diterterakan di sebuah hospital, ubat tersebut didapati mengalami kekurangan stok sehingga dicatu oleh pihak pembekal. "Harap maklum
Lawak Atau Koyak S2 | Kecik panggil Joe Flizzow Pakcik Botak?
Kecik nampak macam goyang je nak interview dengan Joe Flizzow . Cuak la tu nak goyangkan Mr President .Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#LawakAtauKoyak
“Kalau In The Future I Dengan Aliff Berbaik..” - Sarah Yasmine Sentiasa Sokong Bella Astillah
Kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendedahkan bahawa dia akan sentiasa memberi sokongan kepada isteri dan adik ipar Aliff Aziz, Bella dan Didi Astillah.
Buat Spotcheck Waktu Staf Masuk Kerja, Majikan Ini Dikritik Netizen - "Kalau Kau Nak Pekerja Awal, Pastikan..."
Peribahasa Melayu pernah menyebut, masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia-siakan. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu entri di media sosial baru-baru ini di mana seorang majikan membuat pemeriksaan terhadap waktu masuk kerja pekerja-pekerjanya. Menerusi video terbabit, majikan itu difahamkan meluahka
Awek cun buat report | YES TUAN EP 7
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Selesa Sebagai ‘Bestie’, Nabil Aqil & Alya Iman Enggan Terjebak Cinta Lokasi
Pelakon Nabil Aqil dan Alya Iman mengakui enggan terjebak dengan cinta lokasi kerana tidak mahu merosakkan status persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak 2021.
Hukuman Siti Bainun Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, 12 Tahun Di Penjara Kajang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku pe
‘Bey Sobar Bey’ Mendunia, Juventus Guna Lagu Cinta Setandan Pisang Pada Salah Satu Video Di TikTok!
Lagu Cinta Setandan Pisang mendunia apabila ia digunakan dalam salah satu video di platform TikTok kelab bola sepak Juventus.
Pertama Kali Cipta Lagu Untuk Awie, Impian Ajai Jadi Realiti! - "Saya Dibesarkan Dengan Lagu-Lagunya"
Impian penyanyi dan komposer Ajai untuk bekerjasama dengan idolanya, Datuk Awie menjadi kenyataan menerusi lagu runut bunyi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak berjudul Cerita Rindu.
Sheriff: 14 Hari Tayangan Kaut RM44.5 Juta! Ramai Beri 10/10
Tahniah Sheriff.