“Jangan Menghukum Kalau Anda Tidak Melaluinya”- Ziana Zain
Mya Amri
Mac 7, 2018 14:39 MYT
Mac 7, 2018 14:39 MYT
Penyanyi Ziana Zain membuat luahan hati yang seakan-akan menggambarkan isi hatinya sekarang.
Ziana telah memuat naik satu foto berbentuk tulisan berlatarkan pemandangan di laluan kereta api menerusi akaun Instagramnya hari ini.
Perkongsian tersebut seolah-olah ditujukan kepada netizen yang memberikan pandangan negatif terhadap tindakannya yang sanggup membuat laporan polis terhadap suami sendiri.
“Jangan menilai jalan saya jika anda tidak pernah melalui perjalanan itu,” tulisnya.
Foto tersebut telah menerima hampir 20,000 likes dan lebih 800 komen.
Selain peminat, rakan artis juga turut memberikan kata-kata semangat menerusi ruangan komen pada foto berkenaan.
Terdahulu, suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dengan menggunakan rotan pada 25 Februari lalu.
Foto: Instagram @iamzianazain