Penyanyi popular, Nurul Wahab mendakwa menjadi mangsa penipuan pembelian telefon pintar jenama iPhone 7 menerusi satu kenalannya.

Nurul berkongsi cerita dengan netizen di media sosial menyatakan telefon pintar barunya itu kini dikunci dan tidak boleh digunakan.

Dia menasihatkan orang lain yang mahu menjual telefon pintar agar tidak menjual gajet tersebut yang masih mempunyai kontrak dengan syarikat telekomunikasi.

"Dia hilang tak tahu pergi mana. Dia beli telefon dengan telco kemudian syarikat telco 'blocked' dia, kami pula terkena," katanya menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya, @nouruldepp, hari ini.

Dia mai dah berletiaq. Kami gerammmmm ! ??? . #teraniaya ramai sungguh suka menipu kan na . Awat tak tau suka menganiaya orang . Siapa pernah kena?

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Sambungnya, dia berharap agar individu terbabit tidak lagi melakukan perbuatan yang sama ke atas orang lain.

"Jangan nak menipu orang sangat. Apa punya kerja ni. Ingat kalau ada kontrak dengan telco jangan jual pada orang, lepas tu tak bayar orang lain yang kena," katanya.

Katanya, insiden tersebut membuatkan dia sakit hati sehingga memikirkan perkara tersebut seharian.

Perkongsian kisah sedih Nurul itu mendapat simpati netizen di media sosial yang turut berkongsi cerita mereka pernah ditipu kes yang hampir sama.

Teks oleh: Elrafaei Sapi