Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Jangan Nanti Bila Nak Mati Baru Cari Kami" - Ina Naim

Asraf Aided
30/01/2019 10:37 MYT
Isteri kepada bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menjelaskan bahawa tindakannya memadam dan menyekat akaun netizen di media sosial kerana tidak mahu perkara negatif berlarutan.

Perkara itu diperkatakan dalam sebuah video yang dimuat naik Suhaimi di laman Facebooknya buat tatapan umum.

"Ramai yang bertanya saya kenapa saya sekat akaun netizen dan memadam komen mereka.

"Saya tidak mahu bergaduh kerana komen yang ditinggalakan itu negatif, lebih baik saya memadamnya.

"Saya taknak tambahkan dosa mereka, cukuplah dosa yang mereka dah ada.

"Jangan nanti bila mereka dah nazak, dah nak mati baru nak cari kami," kata Ina dalam video tersebut.

Baru-baru ini, isu mengenai Suhaimi tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah telah tular dan mendapat kritikan dari kebanyakkan netizen.

BACA : Pilih 'Ikat' Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah ... #5 Paling Touching!

Namun begitu, dia tetap bertegas dengan tindakannya dan menjelaskan sebab-sebab tertentu mengenai perkara itu.


Sumber : FB Suhaimi Saad
#Suhaimi Saad #Ina Naim
;